top of page

Warga emas OKU hanyut dibawa arus banjir diselamatkan

  • Writer: Ilona Andrew
    Ilona Andrew
  • Sep 16, 2021
  • 1 min read

ree
Gambar hiasan

16 Sept 2021

Oleh Ilona Andrew


PENAMPANG: Seorang warga emas orang kurang upaya (OKU) telah dihanyutkan arus banjir di Kampung Kudou di sini berjaya diselamatkan oleh orang awam.


Dalam kejadian lebih kurang pukul 4.30 petang itu, semalam, lelaki berumur 61 tahun berjaya diselamatkan selepas tiga jam dari masa kejadian.


Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pasukan bomba menerima panggilan MERS999 pada pukul 4.57 petang.


Sepasukan lima anggota dan pegawai kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian dan dilaporkan mangsa telah berjaya diselamatkan.


Operasi kemudian ditamatkan pada jam 8.50 malam.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page