top of page

WARISAN BANTAH CADANGAN EMPANGAN PAPAR DIPINDAH KE PENAMPANG

Wartawan Nabalu News



6 JAN 2021


PENAMPANG: Parti Warisan Sabah (WARISAN) membantah cadangan Menteri Kerja Raya Datuk Bung Mokhtar Radin untuk memindahkan Empangan Papar ke Penampang.


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Terrence Siambun berkata, mereka (Moyog) tetap dengan pendirian tidak mahu empangan mega itu dibina di kawasan Penampang.

"Ketika ini, Moyog menyalurkan bekalan air terawat kepada ribuan pengguna setiap hari melalui Loji Rawatan Air Kasigui dan Empangan Babagon, justeru kawasan lain juga perlu berkongsi tanggungjawab.


“Sebab itu Warisan membatalkan Empangan Kaiduan dan menggantikannya dengan Empangan Papar," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Beliau mengulas kenyaataan Bung semalam bahawa Projek Empangan Papar akan dipindahkan semula ke Penampang.


Terrence yang juga ADUN Moyog sejak 2013 hingga 2018 mengetuai Gerakan Anti Kaiduan yang dikenali sebagai Projek BANTAH, berjaya mengumpul tandatangan orang ramai melalui satu petisyen yang dijalankan hujung 2013 sehingga awal 2014 selepas berbalas pandangan dengan bekas Menteri Kerja Raya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.


“Jika kerajaan GRS masih mahu meneruskan cadangan itu, WarisanPlus akan melakukan apa sahaja untuk menghalang,” katanya.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page