X-porasi Ilmu Digital: SK Kaung Serlah Potensi di Peringkat Negeri
- nabalunews
- 33 minutes ago
- 1 min read

10 September 2025
KOTA BELUD: Sekolah Kebangsaan (SK) Kaung, Kota Belud telah menunjukkan penyertaan yang membanggakan dalam program X-porasi Ilmu Digital: DELIMa & NILAM Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 yang berlangsung di SK Ranau, Kota Marudu baru-baru ini.
Program tersebut telah menghimpunkan peserta dari empat daerah iaitu Kota Marudu, Kudat, Kota Belud dan Pitas, dengan SK Kaung menghantar seramai tiga orang guru dan empat orang murid sebagai wakil sekolah.
Pelbagai acara dan pertandingan telah disertai oleh SK Kaung, termasuk Pertandingan Bercerita, Pertandingan Poster Digital, Pertandingan Bacaan NILAM serta Pertandingan Reruai Pameran yang mempamerkan kreativiti dan inovasi pendidikan digital murid-murid.

SK Kaung berjaya meraih Tempat Ke-5 dalam Pertandingan Bercerita dan menerima Anugerah Emas bagi Pertandingan Reruai Pameran, sekaligus membuktikan kesungguhan warga sekolah dalam menyahut cabaran pendidikan digital masa kini.
Comments