YUM sampaikan sumbangan kepada ahli terjejas banjir di SugudYUM sampaikan sumbangan kepada ahli terjejas banjir di Sugud
top of page
  • Wartawan Nabalu News

YUM sampaikan sumbangan kepada ahli terjejas banjir di Sugud


Rombongan YUM Cawangan Penampang yang menyertai lawatan bencana banjir

8 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Yayasan Usaha Maju (YUM) Cawangan Penampang menyampaikan sumbangan kepada 11 ahlinya di Kampung Tampasak Sugud yang terjejas akibat banjir teruk baru-baru ini.


Pengerusi Jawatankuasa Ketua Pusat YUM (JkePYUM) Cawangan Penampang Felimena Andreas berkata, antara sumbangan yang disampaikan dalam misi bantuan tersebut adalah air mineral dan beras.


“Walaupun sumbangan ini tidak dapat menyelesaikan masalah mereka, tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban ahli-ahli YUM,” katanya kepada wartawan Nabalu News.


Tambah beliau, JkePYUM Cawangan Penampang juga membuat lawatan ke rumah ahli YUM yang terkesan bencana banjir dan tanah runtuh.


Rumah ahli YUM, Pn .Dayang. rumah baru siap bulan april tahun ini. pada 15.9.2021 sebahagian di timpa banjir lumpur dan kayu besar dari atas..setakat ini rumah belum dapat di diami.

“Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk meninjau keadaan rumah ahli bagi membantu pengurusan Bantuan Bencana Alam daripada Pejabat YUM.


“Tinjuan tersebut adalah untuk memudahkan pengurusan Bantuan Tabung Bencana Alam berjumlah 40 peratus daripada pinjaman kasar yang di tanggung oleh Pengurusan YUM,” katanya.


Menurut Felimena, Bantuan Tabung Bencana Alam daripada YUM adalah sesuatu yang baru dan pertama kali di adakan di Cawangan Penampang.


“JkePYUM cawangan Penampang juga berhasrat untuk menubuhkan Tabung Prihatin sebagai persediaan menghadapi keadaan yang sulit bagi ahli-ahli YUM.


Paras banjir yg ditunjuk oleh Pengurus Cawangan Awang Yaccub Ag Jali dan Ketua Pusat YUM Cawangan Penampang di salah sebuah rumah ahli YUM

“Bagi lawatan bencana banjir yang seterusnya, JKePYUM Cawangan Penampang akan mengadakan lawatan ke lebih 40 ahli YUM yang melibatkan 11 buah kampung di Kawasan Putatan dan Penampang.


“Antara kampung yang terlibat ialah Kg Ramayah Sugud, Kg Babah, Kg kolopis, Kg Pagansakan, Kg Lomisin Tombovo, Kg Kimolingan dan Kg Serigai Putatan,” katanya.


YUM merupakan sebuah agensi Kementerian Kewangan Negeri Sabah yang menyediakan pinjaman kecil-kecilan untuk penduduk negeri Sabah khususnya kepada mereka yang berpendapatan rendah.


Kumpulan sasar YUM ialah wanita yang terdiri dari suri rumah, ibu tunggal, peniaga kecil-kecilan, petani, penternak, nelayan dan usahawan kecil yang memerlukan modal untuk mengusahakan kegiatan-kegiatan ekonomi.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page