top of page

1,000 Solidariti #JusticeForZara di Sandakan

  • nabalunews
  • Aug 9
  • 1 min read

ree

9 Ogos 2025


SANDAKAN: "Kami hanya mahukan keadilan buat adik Zara", itu antara yang disuarakan hadirin pada himpunan Aksi Vigil@Sandakan #JusticeForZara di perkarangan The Piazza Harbour Mall Sandakan anjuran Sekretariat Solidariti Zara pada Jumaat.


Perhimpunan melibatkan 1,000 itu berjaya diadakan secara aman tanpa sebarang provokasi ataupun kekacauan yang timbul.


Salah seorang Sekretariat penganjur, Mohamad Kadir Abdul Jalil berkata, himpunan itu tidak membawa mesej negatif sebaliknya solidariti kepada adik Zara yang umum diketahui ramai berkenaan perkara yang telah dilaporkan sebelum ini.

ree

Katanya, kehadiran ramai juga membawa suara untuk keadilan buat adik Zara.


“Dalam masa sama, kita juga menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berkenaan perkara itu dan menanti siasatan serta perkembangan selanjutnya.


“Kami juga berharap kerajaan akan membuat siasatan terperinci kerana rakyat menanti perkembangan kes ini,” katanya.

ree

Sementara itu, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee yang turut hadir pada perhimpunan berkenaan menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak benar berkenaan hal itu.


Katanya, beri ruang kepada pihak berkuasa menjalankan tugas sebaiknya demi keadilan kepada mangsa dan keluarga.


Selain itu, beberapa pemimpin tempatan turut hadir memberi sokongan antaranya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun, Pengerusi Masjid Wasatiyah Lupak Meluas, Mohd Zharif Aizat Datuk Samsudin, Timbalan Ketua Dapsy Sabah, Tang Szu Ching dan Ketua Belia Usia Sandakan, Mohd Sufan Bahrin dan pelbagai latar hadirin dari Sandakan serta daerah berdekatan.


Pihak penganjur juga mendapat pujian apabila membersihkan kawasan majlis selepas program itu berlangsung. 

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page