top of page

JUMLAH KUMULATIF 1,420 KES POSITIF BABITKAN PETUGAS KESIHATAN DI SABAH, SETAKAT HARI INI

Wartawan Nabalu News

Gambar Hiasan

19 Feb 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebanyak 1,420 kes positif Covid-19 membabitkan petugas kesihatan di Sabah sehingga hari ini (19 Feb).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini menjadikan peratusan anggota kesihatan yang dijangkiti adalah 2.7 peratus daripada jumlah kumulatif kes negeri Sabah.


“Seramai 16,289 petugas kesihatan secara kumulatif telah menjalani kuarantin sejak bermulanya pandemik Covid-19 di negeri ini pada Mac 2020,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada kumpulan petugas media juga sebagai kumpulan barisan hadapan yang perlu diberikan vaksin, Masidi berkata, buat masa ini, petugas media tidak tersenarai sebagai barisan hadapan utama 1 dan 2 dalam Fasa 1.


“Bagaimanapun, senarai ini akan dikemaskini oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 dari semasa ke semasa.


Beliau berkata, bagi memberi keyakinan kepada orang ramai untuk mengambil vaksin, pelbagai program diadakan termasuk menyediakan Talian Khas Program Imunisasi Covid-19 untuk menjawab sebarang persoalan berkaitan imunisasi Covid-19.

“Maklumat lanjut mengenai Program Imunisasi ini juga boleh diperolehi di laman sesawang rasmi http://vaksincovid.gov.my di samping akaun media sosial rasmi, untuk memastikan maklumat serta perkembangan terkini program ini mudah diakses oleh masyarakat.


Berkenaan gerakan anti-vaksin Covid-19 di negeri ini, Masidi berkata, buat masa ini belum ada laporan terdapatnya aktiviti pembantahan vaksinasi kerana program ini bersifat sukarela.


"Rakyat Sabah pada amnya menerima baik usaha kerajaan untuk membendung pandemik Covid-19 melalui program vaksinasi," katanya.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page