100 peserta jayakan Kejohanan Golf Piala Presiden Paadian Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

100 peserta jayakan Kejohanan Golf Piala Presiden Paadian Sabah



26 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Seramai 100 peserta menyertai Kejohanan Golf Piala Presiden PAADIAN Sabah selama dua hari bermula 22 Julai lepas, di Nexus Golf Resort Karambunai.


Kejohanan anjuran Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) menerima penyertaan 43 peserta dari kalangan ahli persatuan dan selebihnya peserta jemputan dari seluruh Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam dan Kuala Lumpur.


Peserta PAADIAN, Sani Gafar muncul johan keseluruhan sekaligus menerima hadiah wang tunai RM500, piala pusingan sumbangan Presiden PAADIAN, Datuk Dr Yusof Yacob dan piala iringan.



Bagi kategori gross (individu) telah dimenangi Zamri Moktar ditempat pertama manakala tempat kedua dimenangi Datuk Osman Ahmed kemudian disusuli Nadzrie Yahya yang memenangi tempat ketiga.


Dalam pada itu, bagi kategori nett pula tempat pertama dimenangi oleh Datuk Safar Untong (70 nett), Badrul Hamid (71 nett) tempat kedua dan Irwan Hamid (71 nett) tempat ketiga.


Sementara itu, bagi kategori peserta jemputan pula, Bob Omar (70 nett) memenangi tempat pertama manakala tempat ketua dimenangi Datuk Jauteh Dikun (71 nett) dan kemudian disusuli Barry (71 nett) sebagai pemenang tempat ketiga.



Bob selaku pemenang pertama bagi kategori peserta jemputan telah memenangi 'hole in 1' dilubang ke 16 sekaligus melayakkan beliau memenangi sebuah motosikal sumbangan penganjur.


Dalam ketegori peserta berpasukan pula, Pasukan PAADIAN Beaufort telah memenangi tempat pertama dan tempat kedua pula dimenangi pasukan PAADIAN Mesapol.


Ini pula disusuli dengan pasukan PAADIAN Papar yang memenangi tempat ketiga dan pasukan PAADIAN Sindumin memenangi tempat keempat.



Pengerusi penganjur, Ramawi Palil berkata pihaknya berpuas hati dengan penyertaan tahun ini yang begitu memberangsangkan dari kalangan peserta disamping turut mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page