106 AHLI PPK BELURAN TERIMA BANTUAN MAFI PRIHATIN106 AHLI PPK BELURAN TERIMA BANTUAN MAFI PRIHATIN
top of page
  • nabalunews

106 AHLI PPK BELURAN TERIMA BANTUAN MAFI PRIHATIN



30 Jan 2021

BELURAN: Seramai 106 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beluran yang terkesan bencana banjir menerima bantuan sebuah program Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dikenali sebagai MAFI Prihatin hari ini.


Menurut menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata mereka merupakan kumpulan pertama menerima manfaat itu di Sabah sejak program itu dilancarkan pada 21 Jan lepas.


"Program ini merupakan usaha bersama pelbagai agensi di bawah MAFI dan Pejabat Parlimen Beluran serta pejabat DUN berkenaan.


Kita akan usahakan pengagihan ke daerah lain (di Sabah) kerana program ini berterusan dan dana juga sedang dikumpulkan agar lebih ramai yang terkesan akan menerima manfaat," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan itu di sini hari ini.


Ahli PPK dari tiga kampung itu iaitu Kampung Pinangkau, Kampung Sungai-Sungai dan Kampung Kelagan Jaya menerima bantuan berupa beras dan bahan makanan kering dengan nilai keseluruhan kira-kira RM23,000.


Selain Lembaga Pertubuhan Peladang, agensi yang menjayakan program di Beluran itu ialah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA).


Kiandee, yang juga Ahli Parlimen Beluran, turut menyampaikan kenderaan pacuan empat roda sempena Program Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRE) di bawah Program Peningkatan Mobilisasi dan Logistik Bahan Makanan, kepada PPK Beluran untuk kegunaan di lapangan.


Beliau juga memberitahu kementeriannya sedang menilai laporan kerugian yang dialami masyarakat petani akibat bencana banjir di seluruh negara. - Bernama

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page