top of page

115,000 Penerima STR Direkodkan di Tuaran, 70,000 Layak Terima SARA Bulanan

  • nabalunews
  • 11 minutes ago
  • 2 min read

ree

5 Disember 2025


KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan memberitahu seramai 115,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) direkodkan dan daripada jumlah itu 70,000 turut layak menikmati SARA bulanan dalam Parlimen Tuaran.


Dalam sesi pertanyaan Lisan di Persidangan Dewan Rakyat pada Rabu, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau bertanya daripada 150,000 penduduk di Tuaran berapakah yang sudah mendaftar dan masih belum mendaftar dalam program STR.


Beliau juga mahu Kementerian Kewangan memberitahu jumlah peruntukan yang dibelanjakan bagi melaksanakan Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Bajet 2025.


Pada masa yang sama, Madius juga mahu tahu jumlah peruntukan yang dicadangkan untuk program ini dalam Belanjawan pada tahun 2026.


Menjawab soalan itu, Kementerian Kewangan memaklumkan, sebanyak RM13 bilion disediakan untuk Sumbangan Tunai Rahmah (atau STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (atau SARA) yang dimanfaatkan hampir sembilan (9) juta penerima.


“Kerajaan juga pada 31 Ogos lalu menyediakan RM2 bilion untuk Penghargaan Sara RM100 ringgit kepada semua rakyat 18 tahun ke atas.


“Secara keseluruhannya, sebanyak RFM15 bilion disediakan untuk STR dan SARA pada tahun 2025. Ia adalah jumlah tertinggi dalam sejarah bantuan tunai negara. Jumlah yang sama turut disediakan bagi tahun 2026,” ujar kementerian itu lagi dalam satu jawapan bertulis.


Kementerian itu turut memberitahu, mengikut data semasa, hampir 850,000 penerima STR direkodkan bagi Negeri Sabah dan sejumlah RM800 juta disalurkan melalui bayaran keseluruhan STR tahun 2025.


Bagi penerima SARA pula, seramai 522 ribu penerima direkodkan untuk Negeri Sabah dengan jumlah kelayakan SARA untuk setahun sebanyak RM508 juta.


Negeri Sabah menunjukkan prestasi paling tinggi dalam penggunaan MyKad bagi program SARA dengan 100 peratus daripada penerima SARA bulanan telah mula membuat pembelian di premis berdaftar.


Menurut Kementeria Kewangan lagi, kerajaan kekal komited dan sentiasa memantau situasi bagi memastikan program bantuan tunai Kerajaan terus disalurkan kepada golongan memerlukan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page