top of page

𝐑𝐔𝐍𝐍𝐄𝐑 𝐓𝐔𝐌𝐏𝐀𝐒, 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐔 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐌𝐏𝐀𝐒

  • nabalunews
  • Sep 21
  • 1 min read

ree

21 September 2025


TAWAU: Polis berjaya memberkas seorang lelaki selepas disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau penghantar dadah jenis syabu dalam operasi di kawasan Sin Onn, Tawau, semalam.


Dalam serbuan kira-kira jam 2 petang itu, pasukan operasi turut berjaya merampas 16 paket dadah jenis syabu yang dipercayai cuba dijual kepada pelanggan penagih dadah.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.


Katanya, hasil pemeriksaan terhadap suspek berusia 41 tahun itu berjaya menemui 16 paket plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu.


“Semua dadah berkenaan disembunyikan dalam bekas besi di dalam poket seluarnya dengan anggaran berat 6 gram yang dianggarkan bernilai kira-kira RM550,” katanya.


Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.


“Siasatan awal mendapati, suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan memperoleh bekalan daripada seorang rakan yang dipercayai bertindak sebagai runner kepada seorang pengedar di sekitar kawasan Tawau.


“Suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana positif dadah,” katanya.


Jasmin berkata, polis masih meneruskan risikan serta mengesan individu terbabit yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah berkenaan.


Katanya, orang ramai turut diingatkan agar tidak terlibat dalam penyalahgunaan dan pengedaran dadah yang boleh membawa hukuman termasuk penjara dan sebatan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page