• nabalunews

12,877 PATI DI SABAH BERJAYA DITAHAN SEJAK JAN



14 OKTOBER 2020


OLEH WARTAWAN NABALU NEWS

KOTA KINABALU: Seramai 12,877 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah berjaya ditahan sejak Januari hingga Oktober tahun ini.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu 4,456 PATI dari Filipina, 618 Indonesia dan lain-lain seramai 130 orang.

“Sehingga kini, seramai 7,673 PATI telah dihantar pulang dan 5,204 masih di pusat tahanan,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung melalui laman Facebook Kementerian Pertahanan, hari ini.


Ismail Sabri berkata, Ops Benteng di Sabah melibatkan 3,493 anggota, 10 buah kapal serta 54 bot pemintas berkawal dalam satu-satu masa.


"Ia juga turut melibatkan 68 Sekatan Jalan Raya merangkumi 11 ATM dan 57 PDRM.


"Orang ramai diminta menghubungi hotline National Task Force di talian 011 6251 1223 untuk terus menyalurkan maklumat berkenaan PATI dan jenayah rentas sempadan," katanya.