top of page

12 Kampung di Jalan Tamparuli-Ranau Perlukan Bekalan Air Terawat: Madius

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read

KOTA KINABALU, 20 Julai - Sekurang-kurangnya 12 buah kampung di sepanjang Jalan Tamparuli-Ranau masih belum menikmati bekalan air terawat secara menyeluruh.


Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, kampung-kampung terbabit termasuklah Kg. Ruhiang, Kg. Kapa, Kg. Kopiringan, Kg. Loputung, Kg. Gayoratau, Kg. Bundu Tohuri, Kg. Minangkob, Kg. Togop, Kg. Sinalapak, Kg. Kelawat, Kg. Parad dan Kg. Bongol.


"Di samping itu, masih banyak kampung di Mukim Tenghilan turut menghadapi cabaran yang sama.


"Bekalan air bukan sekadar satu kemudahan asas bagi rakyat. Ia adalah keperluan harian yang menentukan kesihatan keluarga, kebersihan, pendidikan anak-anak, kegiatan ekonomi dan kualiti hidup," katanya.


Madius berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2026 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Isnin.


Menurutnya, Sabah memerlukan satu Pelan Induk Bekalan Air Negeri yang mempunyai sasaran jelas, boleh diukur dan mempunyai garis masa pelaksanaan.


"Saya berharap kerajaan akan memasukkan kampung-kampung ini dalam penaiktarafan bekalan air terawat yang sempurna dengan segera.


"Pada masa yang sama saya juga meminta penjelasan jumlah keseluruhan pelaburan yang diperlukan bagi membolehkan Sabah mencapai 30 peratus reserve margin bekalan air terawat di seluruh negeri.


"Bilakah sasaran tersebut akan dicapai, dan bilakah kadar NRW akan berjaya diturunkan ke paras di bawah 25 peratus," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page