top of page

SEDCO belum ada rancangan bangunkan tapak niaga kekal baharu di Putatan

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

22 Julai 2026


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, SEDCO tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membangunkan tapak niaga kekal di Daerah Putatan.


Bagaimanapun, katanya, SEDCO sentiasa bersedia untuk bekerjasama sekiranya terdapat keperluan pada masa hadapan.


“Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Pejabat Daerah Putatan, daerah ini mempunyai lima tapak niaga sementara (Night Market), iaitu di Servay Putatan, BSN Putatan, Golden Centre Putatan, Petagas (Kampung Muhibbah) dan kawasan lapang berhampiran Restoran Zaitun.


“Selain itu, Putatan turut mempunyai dua tapak niaga kekal, iaitu Pasar Tamu Putatan dan Pasar Kraftangan Putatan.


“Kesemua kemudahan tersebut disediakan dan diuruskan oleh Majlis Daerah Putatan bagi menyokong aktiviti perniagaan serta pembangunan ekonomi komuniti setempat,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya Ahmad Shah, pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.


Shah Alfie bertanya sama ada kementerian mempunyai pelan untuk mewujudkan sebuah tapak niaga kekal yang tersusun dan kondusif di Daerah Putatan bagi peniaga tempatan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page