top of page
  • Wartawan Nabalu News

120 bekas ahli Umno, PBS sertai UPKO Kota Marudu



3 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA MARUDU: Seramai 120 bekas ahli Umno dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menyertai Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Marudu, hari ini.


Borang kemasukan keahlian baharu ke dalam Upko diterima oleh Presidennya Datuk Wilfred Madius Tangau sempena Perasmian Pejabat Baharu Upko Kota Marudu, di Kg.Pakuh, Matunggung.


Pemangku Ketua Upko Bahagian Kota Marudu Jimson Majimal berkata, kemasukan ahli baharu ke dalam Upko menunjukkan parti itu masih relevan dan terus menjadi pilihan rakyat negeri ini.

“Upko Kota Marudu akan terus berusaha menambah keahlian dan mewujudkan cawangan baharu bagi memantapkan lagi kekuatan parti ini,” katanya dan menambah setakat ini Upko Kota Marudu mempunyai 170 cawangan.


Majlis Perasmian Pejabat Baharu Upko Kota Marudu disempurnakan oleh Madius.


Turut hadir Ketua Pemuda Upko Felix Joseph, Naib Presiden Upko Datuk Wong Thien Fook, Ketua Penerangan Joisin Romut, Timbalan Setiausaha Agung Fairuz Bandar dan ahli-ahli majlis tertinggi parti.


bottom of page