top of page

15 daripada 47 AMT UPKO muka baharu, majlis ikrar perteguh komitmen

nabalunews
1 minute ago
2 min read

24 Oktober 2026


KOTA KINABALU: Seramai 15 daripada 47 Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) bagi penggal 2026–2029 merupakan muka baharu, mencerminkan gabungan pemimpin berpengalaman dan tenaga baharu dalam memperkukuh kepimpinan parti.


Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick berkata, kebersamaan pemimpin terdahulu, sedia ada dan baharu diyakini dapat mencetuskan kepimpinan berkesan serta berhasil kepada rakyat.

“Selagi pimpinan tertinggi UPKO terus berkarya-pimpin berasaskan prinsip dan integriti, selagi meneruskan kepimpinan yang melayani dan berhasil, selagi kepimpinan yang bermula dari rumah, maka UPKO pasti akan terus relevan, disegani dan diterima,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ikrar Pimpinan Tertinggi UPKO yang menghimpunkan barisan Majlis Tertinggi serta Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Generasi Muda (GEM) UPKO bagi penggal 2026–2029, di sini, semalam.


Menurut Ewon, majlis ikrar itu menjadi peringatan kepada setiap pemimpin mengenai sebab dan tujuan mereka berkarya-pimpin dalam UPKO, selaras dengan matlamat perjuangan parti.


“Majlis Ikrar ini umpama kita berikrar kepada ibu bapa semasa kita kecil untuk menamatkan pengajian, untuk menjadi anak yang berguna. Juga umpama kita berikrar kepada pasangan semasa perkahwinan.

“Juga umpama kita sebagai ibu bapa berikrar kepada anak-anak untuk menyediakan yang terbaik seadanya bagi membina masa depan mereka,” katanya.


Beliau turut menzahirkan keyakinan terhadap keupayaan gabungan kepimpinan pelbagai generasi dalam meneruskan perjuangan parti.


“Saya yakin dengan kebersamaan pemimpin-pemimpin terdahulu, yang sedia ada dan yang baharu akan dapat mencetuskan kepimpinan berkesan dan berhasil kepada rakyat,” katanya.


Barisan kepimpinan UPKO bagi penggal kesembilan itu diterajui Ewon bersama Timbalan Presiden, Datuk Donald P. Mojuntin.


Bagi jawatan Naib Presiden, barisan kepimpinan terdiri daripada Jairaiaz Joseph, Datuk Wong Thien Fook, Datuk Pangiran Lalung, Datuk Basari Sarkun dan Datuk Laurentius Nayan Ambu.


Turut mengisi barisan Naib Presiden ialah Junik Bajit, Dr Peter Jr Naintin, Carlyle Lajimin dan Mohina Sidom.


Sementara itu, Senator Datuk Nelson W. Angang memegang jawatan Setiausaha Agung, dibantu dua Timbalan Setiausaha Agung, Junsin Rumunzing dan Georgina L. George.

Jawatan Bendahari Agung disandang Dennison R. Indang, manakala Kennedy J. Angian dan Dato’ Jasni Shirlin dilantik sebagai timbalannya.


Felix J. Joseph dilantik sebagai Ketua Penerangan, dibantu Aduka Jasnin Suman dan Suzie Salapan sebagai Timbalan Ketua Penerangan.


Bagi jawatan Setiausaha Penganjur, Rowindy Lawrence Odong diberikan tanggungjawab itu, manakala Jackson Juin Tannyuh dilantik sebagai timbalannya.

Selain barisan kepimpinan utama, seramai 25 individu turut disenaraikan sebagai AMT, termasuk Ketua GEM, Emmanuel Atin.


Enam daripada mereka merupakan ahli yang dilantik, iaitu Datuk Sylvester Taing, Joisin Romut, Augustine Tuuga, Liau Kee Siong, Hanafi Haji Montoi dan Haji Ismail Yusuf.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page