top of page

19 PATI Ditahan

  • nabalunews
  • 16 hours ago
  • 1 min read

29 Mei 2025


KOTA KINABALU: Seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Pakistan berjaya ditahan dalam operasi ‘Ops Sapu Khas’ yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di kawasan Skim Penempatan Telipok, di sini, awal pagi tadi.


Operasi kira-kira jam 1.15 pagi itu dilaksanakan berdasarkan kepada aduan awam dan risikan yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan JIM.


Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, operasi yang dilaksanakan membabitkan 24 anggota dan pegawai pelbagai pangkat, JIM Sabah.

“Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pasukan operasi terus ke lokasi dan berjaya menahan 19 PATI kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.


“Semua PATI yang ditahan terus dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Kota Kinabalu untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) dibawah Akta Imigresen 1959/63.

Sehubungan itu, SH Sitti Saleha berkata, pihaknya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti PATI atau mana-mana premis yang menggaji warga asing secara tidak sah untuk tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.


Katanya, operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan memindah warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara.


“Ia berlandaskan kepada Akta Imigresen, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.


“Jabatan Imigresen Malaysia akan terus memainkan peranan dalam menjamin kedaulatan dan keselamatan negara dengan memastikan hanya individu yang mematuhi undang-undang imigresen dibenarkan bekerja dan menetap di negara ini,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page