20 pasukan jayakan Kejohanan Bola Sepak di Tenom sempena Hari Malaysia
top of page
  • Wartawan Nabalu News

20 pasukan jayakan Kejohanan Bola Sepak di Tenom sempena Hari Malaysia

16 Sept 2023

Oleh Wartawan Nabalu News

TENOM: Sebanyak 20 pasukan menyertai kejohanan bolasepak sempena Hari Malaysia yang berlangsung di Padang Pekan Melalap bagi Zon G Tenom dan Pensiangan, baru-baru ini.


Kejohanan anjuran UPKO Bahagian Tenom itu bertujuan memberi ruang kepada golongan muda untuk beriadah dan menyemarakkan lagi semangat Hari Malaysia.


Pertandingan itu dirasmikan oleh Ketua Pemuda UPKO Pusat Felix Joseph Saang dan Ketua Bahagian UPKO Tenom Junik Bajit.


Deep Borneo menjuarai kejohanan ini mengalahkan pasukan Sabaka FC.


Manakala tempat kedua pula dimenangi Pasukan Borneo Trackers dan pasukan Narakumil FC di tempat ketiga.

bottom of page