21,316 murid berhenti sekolah sejak Mac 2020 hingga Julai 202121,316 murid berhenti sekolah sejak Mac 2020 hingga Julai 2021
top of page
  • Farah Salim

21,316 murid berhenti sekolah sejak Mac 2020 hingga Julai 2021


Gambar Hiasan

5 Disember 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Seramai 21,316 orang atau 0.22 peratus murid di seluruh negara direkodkan berhenti sekolah dalam tempoh Mac 2020 hingga Julai 2021.


Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, daripada jumlah itu seramai 11,301 orang atau 0.24 peratus murid berhenti sekolah dalam tempoh Mac hingga Disember 2020.


"Berdasarkan data daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tempoh Januari hingga Julai 2021, seramai 10,015 orang atau 0.21 peratus murid direkodkan berhenti sekolah,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad dalam pertanyaan bukan lisan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas.


Noor Amin meminta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah pelajar yang berhenti persekolahan dari Mac 2020 sehingga kini.


Menurut Menteri Pendidikan, KPM mendefinisikan keciciran daripada sistem pendidikan sebagai situasi di mana murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) tetapi keluar daripada sistem sebelum tamat atau menghabiskan tempoh pendidikan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page