top of page

Lelaki Ugut Isteri Ditahan

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

28 Mei 2025


LAHAD DATU: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai mengugut isterinya menerusi aplikasi WhatsApp, dalam kejadian di Kampung Assam, di sini, 22 Mei lalu.


Lelaki berusia 46 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu selepas satu laporan polis dibuat isterinya.


Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata, suspek warga tempatan itu ditahan hari ini, di Kampung Sapagaya Hilir, di sini, untuk membantu siasatan lanjut.


Katanya, berdasarkan laporan mangsa, suspek mengugut untuk membakar kereta dan mencederakan isterinya.


“Hasil pemeriksaan lanjut, suspek yang positif dadah turut didapati memiliki rekod jenayah lampau.


“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya dalm kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Lahad Datu, selepas didapati memiliki dadah.


Jimmy berkata, ketika ditahan suspek warga Filipina itu didapati memiliki 5.60 gram dadah jenis syabu.


“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek turut didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.


“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 ,” katanya.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page