26 pasukan sertai kejohanan piala Neo Grey
top of page
  • Wartawan Nabalu News

26 pasukan sertai kejohanan piala Neo Grey


Gambar berkumpulan kesemua peserta yang menyertai kejohanan tersebut.

7 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebanyak 26 pasukan seluruh Sabah menyertai pertandingan futsal Piala Neo Grey di Arena Futsal, Kompleks Sukan Tun Adnan, Menara Tun Mustapha, di sini, pada Sabtu.


Kejohanan futsal itu dianjurkan oleh Neo Grey FT iaitu sebuah persatuan yang dianggotai kakitangan kerajaan dan kesihatan.


Ketua persatuan, Nene Veronica, berkata tujuan kejohanan ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu orang sakit yang tidak berkemampuan dan menjalankan kerja-kerja kebajikan di seluruh Sabah.

Carlye (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Nene.

Jelas beliau, kejohanan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pemain futsal, yang kebanyakkannya berasal dari Kadamaian dan Penampang.


Pertandingan futsal itu dirasmikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Kadamaian Carlye Lajimin mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap ADUN Kadamaian dan Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick.


Pada majlis itu, Carlye yang mewakili Ewon turut menyampaikan sumbangan kepada persatuan berkenaan.

bottom of page