26 rumah dan motosikal musnah terbakar di Kampung Kurnia Jaya Batu 4
- nabalunews
- Aug 1, 2025
- 1 min read

1 Ogos 2025
TAWAU: Sebanyak 26 rumah membabitkan keluasan keseluruhan 1,114 meter persegi dan sebuah motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian berkenaan, tindakan pantas dan kecekapan pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau berjaya menyelamatkan 1,300 rumah daripada musnah.
Pegawai Operasi BBP Tawau, Madzlan Sharman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.37 pagi menerusi MERS999 dan mengerahkan sejumlah 39 anggota bersama lima jentera, termasuk utiliti ke lokasi kebakaran.

Katanya, kebakaran itu membabitkan kemusnahan 25 rumah jenis tidak kekal dan sebuah rumah separuh kekal yang terdiri daripada dua rumah berkeluasan 111 meter persegi, 24 rumah berkeluasan 13 meter persegi serta sebuah motosikal.
"Operasi pemadaman menggunakan sumber air terbuka iaitu air laut dan daripada tangki jentera sebelum api berjaya dikawal pada jam 10.14 pagi.
"Pasukan bomba menggunakan teknik 'offensive' dan 'defensive' untuk memadam kebakaran daripada merebak ke bangunan berhampiran serta berjaya menyelamatkan 1, 300 rumah berhampiran,"katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Jemishin berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini kerana kesemua penghuni rumah berjaya keluar sendiri dengan selamat sebelum ketibaan pasukannya.
Tambahnya, operasi ditamatkan pada jam 11.45 pagi selepas membuat pemeriksaan di sekitar bagi memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi.
Operasi turut dibantu tujuh anggota Bomba Komuniti, polis (lapan), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) - tujuh orang, Sabah Electricity (empat) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (dua).















Comments