280 murid SK Rukom, Pitas terima sumbangan beg sekolah YBR
1 Ogos 2024
KUDAT : Mereka tinggal di kawasan terpencil, namun ia bukan penghalang bagi pelbagai pihak yang prihatin untuk menyantuni mereka.
Baru-baru ini 280 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Rukom, Pitas menerima sumbangan beg sekolah dari Yayasan Bank Rakyat (YBR).
Program di Dewan Terbuka Kampung Layang, Pitas ini disempurnakan Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kudat yang juga Ahli
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Junsim Rumunzing.
Beliau mewakili Pengerusi YBR, Datuk Philip Lasimbang.
Selain beg sekolah, sumbangan wang tunai turut disampaikan kepada murid-murid penerima sumbangan itu.
Aktiviti lain yang turut diadakan di program ini ialah Senamrobik yang diketuai oleh Marni Matamos dan disertai hadirin.
Turut hadir di majlis ini, guru-guru SK Rukom, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Rukom, Masri Rumeenje, ibubapa dan pelajar.
Program ini adalah sejajar dengan misi CSR YBR iaitu untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik termasuk dalam bidang pendidikan serta pembangunan modal insan.
Comments