top of page

30 rumah musnah terbakar di Kg Sri Aman Tawau

  • nabalunews
  • a few seconds ago
  • 1 min read

Anggota BBP menjalankan operasi pemadaman api kebakaran di Kg Sri Aman, Lorong Jade 4, Jalan Apas Tawau, tengah malam tadi.
Anggota BBP menjalankan operasi pemadaman api kebakaran di Kg Sri Aman, Lorong Jade 4, Jalan Apas Tawau, tengah malam tadi.

14 Disember 2025


TAWAU: Dianggarkan 30 rumah jenis tidak kekal di perkampungan atas air Kg Sri Aman, Lorong Jade 4, Jalan Apas musnah sepenuhnya dalam kebakaran tengah malam tadi.


Kebakaran itu membabitkan keluasan keseluruhan terbakar 262 x 229 kaki persegi, manakala pasukan operasi berjaya mengawal api daripada merebak dan menyelamatkan 300 rumah berhampiran.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.23 malam dan mengerahkan pasukan ke lokasi untuk melakukan pemadaman.

ree

Menurutnya, operasi pemadaman melibatkan tiga kaedah iaitu aliran 500 dan 300 kaki sumber air dari pili Bomba dengan bantuan air lori tangki, aliran 500 kaki pam angkut sumber air terbuka (laut) dan aliran 400 kaki oleh Bomba Komuniti Kg Titingan dari pam angkut sumber air terbuka.


"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.44 malam dah operasi ditamatkan jam 3.10 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi,"katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, dalam operasi pemadaman tersebut, pihaknya turut mendapat bantuan daripada BBP Kunak, selain Bomba Komuniti.


Tambahnya, secara keseluruhan, operasi melibatkan sejumlah 24 anggota BBP dengan enam jentera, termasuk kenderaan utiliti.


Selain itu, polis (13), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM (14), Sabah Electricity (dua) dan Jabatan Air (satu).


Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut kerana difahamkan penduduk kampung berjaya menyelamatkan diri masing-masing.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page