top of page

300 pelajar sertai program Watak Anak Bangsa Madani

  • nabalunews
  • Aug 22, 2025
  • 1 min read

Sholehuddinulfatih menyampaikan sijil penghargaan kepada dua ikon anak muda dan sekitar penyampaian cenderahati kepada Sholehuddinulfatih dan yang lain.
Sholehuddinulfatih menyampaikan sijil penghargaan kepada dua ikon anak muda dan sekitar penyampaian cenderahati kepada Sholehuddinulfatih dan yang lain.

21 Ogos 2025


SANDAKAN: Seramai 300 pelajar menyertai program Watak Anak Bangsa Madani yang diadakan di Kolej Pra-Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura Bestari, di sini, pada Khamis.


Progam berkenaan dirasmikan Bendahari Skuad Anti Dadah Sabah merangkap Timbalan Pengerusi Skuad Anti Dadah Sandakan, Sholehuddinulfatih Mardin yang mewakili Pengerusi Skuad Anti Dadah Sabah merangkap Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Datuk Mazlan Joehari.


Dalam teks ucapan Mazlan yang disampaikan Sholehuddinulfatih, beliau berkata, pengukuhan jati diri anak muda penting kerana mereka juga bakal mewarisi kepimpinan masa hadapan.

Beliau juga menasihatkan remaja atau anak muda agar sentiasa berfikiran positif dan bijak menggunakan media sosial pada masa kini ke arah yang lebih baik.

Program berkenaan turut dihadiri dua ikon anak muda yang berjaya dalam bidang sukan dan pendidikan, Riedzwan Norsyahmie Daud dan Afiqah Izzati Sundusin yang berkongsi inspirasi kepada pelajar yang hadir.

Turut hadir, Pengetua SMK Elopura Bestari, Nordin Mohd Daud, Yang Di-Pertua Angkatan Belia Malaysia Sabah, Zikri Zainudin, Ketua Belia Pertubuhan Ugama Islam Seluruh Sabah (USIA) Sandakan, Mohamad Sufan Bahrin serta guru terlibat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page