top of page
  • Wartawan Nabalu News

300 syarikat mohon tender pakej 1B Fasa Satu Pan Borneo


12 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, Sebanyak 300 syarikat telah memohon untuk menyertai tender bagi pakej 1B Fasa Satu Projek Lebuhraya Pan Borneo yang melibatkan 15 pakej kerja.


Ahmad berkata proses tender prakelayakan yang baru ditutup itu akan diikuti dengan proses penilaian dan penyenarai pendek syarikat yang dijangka mengambil masa sebulan.


"Tender untuk 15 pakej Fasa 1B ini terbuka untuk semua syarikat Malaysia dan tidak terhad kepada kontraktor asing. Ini adalah peluang bagi syarikat tempatan untuk menunjukkan kebolehan mereka," kata Ahmad dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.


Beliau menegaskan bahawa syarikat yang berminat perlu memenuhi kriteria tertentu termasuk jumlah kerja yang sedang dijalankan, pengalaman dalam projek serupa, dan kestabilan kewangan.


Dalam menjawab soalan tambahan dari Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna), Ahmad berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan syarikat yang gagal menyiapkan projek mengikut jadual dan akan mengambil tindakan tegas termasuk penamatan kontrak jika perlu.


Setakat ini Pakej 1A Projek Lebuhraya Pan Borneo yang melibatkan 15 pakej telah siap 88 peratus dengan kesemua syarikat kontraktor berasal dari Sabah, katanya.

Comments


bottom of page