top of page

40 Anggota Polis Kawal HQE

  • nabalunews
  • 23 hours ago
  • 1 min read

ree

10 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Seramai 40 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dikerah berkawal di sekitar Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini, pagi ini.


Ia bagi memastikan proses bedah siasat pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, 13, yang bermula jam 9 pagi tadi berjalan lancar.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan kelancaran proses bedah siasat.

ree

Katanya, orang ramai yang hadir di kawasan ini dinasihatkan supaya menjaga keselamatan masing-masing dan mematuhi arahan pihak berkuasa.


“Polis turut mengingatkan orang ramai supaya meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang disediakan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas,”katanya ketika ditemui di lokasi.


Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara mengarahkan polis menggali semula kubur Allahyarham untuk tujuan proses bedah bagi mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page