top of page

Sumbangan kepada Gereja dan Dewan Bantu Komuniti

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Oleh: Kidd


13 Mac 2026


KOTA BELUD: Pemaju Mukim William Ginting dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, mewakili Timbalan Keejatua Menteri III merangkap ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, telah menyampaikan sumbangan 10 buah kerusi panjang kepada Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Tinata di Kota Belud.


Majlis penyerahan diadakan di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Sidang Nuluhon.


Sumbangan itu diterima oleh Simin Mendiek, wakil gereja, untuk kegunaan aktiviti keagamaan dan kemudahan jemaat.

Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan keselesaan semasa perhimpunan dan program komuniti gereja.


Pada hari yang sama, William juga menyerahkan sumbangan kerusi plastik kepada Dewan Terbuka Kaung Ulu Sokid di Kota Belud.


Penyerahan diadakan terus di kampung berkenaan bagi memudahkan penerimaan oleh penduduk setempat.


Sumbangan diterima oleh Marcellius Dapit, Setiausaha JKKK Kampung Kaung Ulu, yang mewakili komuniti. Beliau menyatakan penghargaan mendalam atas keprihatinan Pusat Khidmat ADUN Kadamaian dalam menyediakan kemudahan asas untuk aktiviti kemasyarakatan, seperti mesyuarat dan majlis kenduri.


"Ini amat membantu kami mengadakan program lebih efektif," katanya.


Sumbangan ini menunjukkan komitmen berterusan pihak ADUN Kadamaian untuk memajukan infrastruktur komuniti dan memastikan kesejahteraan rakyat setempat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page