top of page

43 tan sisa pepejal dilupuskam dalam inisiatif pembersihan Kampung Sembulan

  • nabalunews
  • Oct 13, 2024
  • 1 min read
Gambar Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK

13 Oktober 2024


KOTA KINABALU: Inisiatif Pembersihan Kampung Sembulan yang berlangsung selama dua hari telah berjaya mengumpul dan melupuskan sebanyak 43 tan sisa pepejal.


Pada hari kedua sahaja, sejumlah 17 tan sisa pepejal dilupuskan, menambah kepada pencapaian keseluruhan inisiatif ini yang bermula sejak 10 Oktober.


Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu menerusi akaun Facebook, sebanyak 85 anggota dan tujuh unit jentera dikerahkan bagi memastikan kerja-kerja pembersihan seperti pengutipan sampah, pembersihan parit, pemangkasan tumbuhan liar, dan aktiviti ‘fogging’ dapat dilaksanakan dengan lancar di seluruh kawasan kampung.


Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua anggota serta penduduk kampung yang bersama-sama berganding bahu menjayakan usaha murni ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page