top of page
nabalunews

45,237 notis saman dikeluarkan JSPT Ops Kenderaan Perdagangan setakat Nov




27 Disember 2024


SEREMBAN: Sebanyak 45,237 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan berikutan pemeriksaan terhadap 235,616 kenderaan perdagangan dalam 5,747 Ops Kenderaan Perdagangan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga November lepas.


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata daripada jumlah saman itu 28,298 dikeluarkan bagi lori, bas (349) manakala kenderaan pelbagai guna seperti van dan jip yang didaftarkan atas nama syarikat (16,590).


"Saman tertinggi melibatkan kesalahan tiada Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) sebanyak 10,859 notis, diikuti menggunakan alat telekomunikasi ketika memandu (9,254), Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh (8,380), tidak mematuhi lampu isyarat merah (3,676) dan lesen memandu telah tamat tempoh (2,179).


"Bagi kesalahan bawa muatan lebih had ditetapkan, kertas siasatan dibuka melibatkan 380 kenderaan manakala 154 lori, 106 kenderaan pelbagai guna dan satu bas telah disita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri lawatan kerja di Ibu Pejabat Daerah Seremban, di sini hari ini, lapor Bernama.


Beliau berkata JSPT turut menahan 45 pemandu kenderaan perdagangan, dengan 12 daripadanya dituduh di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala bakinya didakwa atas akta lain.



Kommentare


bottom of page