top of page

450 murid sekolah rendah seluruh Sabah jayakan Fiesta Kaamatan Grassroot Cup

  • Wartawan Nabalu News
  • May 30, 2023
  • 1 min read
ree

30 Mei 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Sebanyak 26 pasukan dengan 450 murid sekolah rendah di seluruh Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan menjayakan Fiesta Kaamatan Grassroot Cup 2023, di Padang B, Kompleks Sukan Penampang, di sini, kelmarin.


Program sempena cuti sekolah anjuran Tubagu Football Academy (TFA) dengan kerjasama SAFA itu, disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick.

ree

Ewon berkata, program seumpama itu amat baik untuk mencungkil bakat muda dalam bidang sukan khususnya bolasepak.


“Saya berharap aktiviti kesukanan seperti ini diteruskan atau dijadikan sebagai acara tahunan bagi memberi peluang kepada lebih ramai murid sekolah menyertainya,” katanya.

ree

Sementara itu Ketua jurulatih TFA Penampang Freddy Pamaas berkata, TFA Penampang memberi peluang kepada anak-anak muda seusia 6 hingga 14 tahun menyertai latihan bolasepak daripada jurulatih bertauliah.


“Penyertaan ini lebih memfokuskan kepada anak-anak berumur 6 hingga 10 tahun sahaja tetapi mereka yang berusia 12 hingga 17 tahun juga diberi peluang menyertai Akademi ini untuk menghadapi beberapa kejohanan Bawah Umur,” katanya.


Mereka yang berminat untuk menyertai Akademi TFA boleh hubungi Freddy (01153118578) atau Nico(0138671107).

ree

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page