46 pasukan berentap dalam Karnival Bola Sepak UPKO Zon H sempena Hari Malaysia
top of page
  • Wartawan Nabalu News

46 pasukan berentap dalam Karnival Bola Sepak UPKO Zon H sempena Hari Malaysia


16 Sept 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


Telupid: Sebanyak 46 pasukan telah bertanding dalam Karnival Bola Sepak Exco Pemuda UPKO Pusat Zon H yang berlangsung di Pekan Telupid sempena Hari Malaysia.


Karnival bolasepak ini disempurnakan oleh Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Felix Joseph Saang


Beliau berkata, karnival ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan yang boleh membawa banyak perkara positif kepada masyarakat.


“Kita semarakkan semangat Hari Pembentukan Malaysia. Pastinya, ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan sempena ‘Hari Malaysia’ yang boleh membawa banyak perkara positif kepada masyarakat.


“Kita mahu belia masa kini menghayati, menyelami dan memahami maksud sebenar Hari Pembentukan Malaysia,” katanya menerusi perkongsian di akaun Facebook beliau, hari ini.


Beliau juga mengucapkan syabas kepada semua pasukan yang terlibat dan tahniah kepada pengerusi penganjur, Ketua Pemuda UPKO Beluran Petrus Mathew dan seluruh AJK beliau selaku barisan pelaksana kejohanan tersebut.


Felix turut mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak SMK Telupid dan pihak Jabatan Perhutanan Telupid yang telah membenarkan penggunaan padang mereka.


Dalam pada itu, beliau juga menghargai kehadiran dan sokongan Ketua Wanita UPKO Pusat Mohina Sidom serta pimpinan UPKO Kinabatangan dalam karnival ini.



bottom of page