50 Kerusi Disumbangkan Kepada Komuniti Katolik Kampung Pituru
- nabalunews
- Oct 9
- 1 min read

9 Oktober 2025
KOTA BELUD: Sebanyak 50 buah kerusi telah disumbangkan kepada Komuniti Katolik Saint Anthony of Padua, Kampung Pituru, Kelawat, dalam satu majlis ringkas di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian, baru-baru ini.
Sumbangan tersebut diserahkan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Juin Kolod, yang mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick. Penerima sumbangan ialah Stephanie Jefry, wakil Capel Komiti Pastoral Umat Katolik Saint Anthony of Padua.
Menurut Juin, pemberian itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Pusat Khidmat ADUN Kadamaian dalam menyokong keperluan komuniti pelbagai agama dan kaum di kawasan tersebut.
“Bantuan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kemudahan asas komuniti sentiasa mencukupi dan dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan bersama,” katanya.
Beliau menambah, pendekatan menyeluruh dalam membantu komuniti tanpa mengira latar belakang adalah antara keutamaan Ewon dalam memastikan kebajikan rakyat Kadamaian terus terbela.


















Comments