52 ahli baharu pelbagai kaum sertai UPKO Libaran
top of page
  • Wartawan Nabalu News

52 ahli baharu pelbagai kaum sertai UPKO Libaran


Dr.Peter menerima borang keahlian baharu dari pelbagai suku kaum di Sandakan.

5 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Libaran menerima 52 borang keahlian baharu daripada pelbagai lapisan masyarakat, hari ini.


Ketua Bahagian Libaran Dr Peter Jr Naintin berkata, kesemua ahli baharu itu dari Cawangan Kg Kenangan Manis, Sg Manila Batu 12, di sini.


“Ahli-ahli baharu ini terdiri daripada pelbagai kaum yang berada di kawasan Sg Manila. Antaranya daripada etnik Bugis, Bajau, Sungai, Kagayan dan Kadazan Dusun.


“Penyertaan pelbagai etnik dalam parti kita membuktikan bahawa UPKO merupakan parti politik berbilang bangsa yang cukup diterima di akar umbi. UPKO Libaran senantiasa menitikberatkan kepimpinan yang fokus, berani dan ikhlas,” katanya di sini.


Penajaan cawangan baharu ini diketuai oleh Musa Abdullah, seorang usahawan muda yang amat bersemangat untuk berjuang bersama UPKO Libaran.

Peter berkata, UPKO Libaran senantiasa membuka ruang dan mengangkat anak muda untuk mewakili suara di akar umbi.


“Pada masa yang sama, kami berusaha untuk menerapkan nilai-nilai kepemimpin dan pelayanan di akar umbi bersama-sama pemimpin veteran kami.


“Rakyat sudah bosan dengan pemimpin yang jarang turun padang untuk memahami permasalahan mereka.


“Para penduduk kecewa dengan sebahagian pemimpin yang sudah naik taraf dan bersifat elit ini, mereka mudah lupa dengan permasalahan rakyat yang belum selesai sehingga kini,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page