55 pemain junior wakili Sabah ke kejohanan badminton pada 11-15 Mei ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

55 pemain junior wakili Sabah ke kejohanan badminton pada 11-15 Mei ini



29 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Persatuan Badminton Sabah (SBA) akan menghantar seramai 55 pemain dari negeri ini untuk menyertai Kejohanan Badminton 100 Plus Junior Elit Tour (Pusingan Pertama) di Perlis, pada 11 hingga 15 Mei ini.


Pemain dari Sabah akan menyertai beberapa acara iaitu acara perseorangan lelaki dan wanita dan Bergu lelaki dan Wanita berumur 12, 14 tahun dan 16 tahun.


Pada tahun ini, WKW Eramaju Sdn Bhd sekali lagi menaja baju untuk para pemain dari Sabah.


Pengurus pasukan Alfhonso Fiel mewakili presiden SBA merakamkan penghargaan kepada WKW Eramaju Sdn Bhd atas sumbangan yang diberikan.


Sumbangan itu disampaikan wakil WKW, Wan Nur Muhammad Wan Mustafa (WKW) kepada Alfhonso pada majlis ringkas di sini, baru-baru ini.


Pihak WKW juga turut mengumumkan bahawa mereka akan menaja sekali lagi pada kejohanan siri 2 nanti.

bottom of page