top of page

600 peserta dijangka sertai Program Memperkasa Usahawan Wanita Muda Sabah

  • nabalunews
  • 50 minutes ago
  • 2 min read

Dr Ramzah Dambul
Dr Ramzah Dambul

8 Jun 2025


KOTA KINABALU: Kira-kira 600 peserta dijangka menyertai Program Memperkasa Usahawan Wanita Muda Sabah yang akan akan diadakan pada 11 Jun 2025 bertempat di Dewan Serbaguna Libaran, Sandakan.


Program yang bertemakan "Kuasa Wanita, Kuasa Ekonomi" itu dianjurkan Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) dan Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS), dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul berkaata, program itu merupakan kesinambungan siri jelajah yang kini memasuki lokasi keempat, selepas penganjuran terdahulu di Beaufort, Ranau dan Tenom.


Katanya, siri jelajah itu bertujuan untuk mendekati komuniti usahawan wanita muda di pelbagai daerah, sekaligus memastikan sokongan, pembiayaan dan latihan yang ditawarkan sampai secara langsung kepada kumpulan sasar di peringkat akar umbi.


"Pelaksanaan program ini disesuaikan dengan keperluan dan potensi setiap lokasi agar lebih berkesan kepada kumpulan sasaran," katanya.


Menurutnya, setiap daerah mempunyai konteks pembangunan dan cabaran tersendiri dan oldeh itu program ini dirangka agar pendekatannya dapat disesuaikan secara lebih berkesan dengan keadaan setempat.


Katanya, pelaksanaan program ini berpandukan keyakinan bahawa wanita mampu menjadi pemacu utama dalam merapatkan jurang ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar.


Dr. Ramzah berkata, wanita merupakan penggerak ekonomi akar umbi yang paling efektif. Mereka juga mempunyai potensi, kemahiran dan keupayaan yang signifikan untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Sabah.


Program setengah hari itu akan menampilkan sesi perkongsian pengalaman daripada tokoh industri dan usahawan wanita tempatan, antaranya Puan Masna Osman (Pengasas Nana Puteri Beauty & Wellness) dan Puan Rahimah Asrah (Pengerusi Koperasi Wanita Berjaya Batu Sapi).


Selain sesi bimbingan dan penerangan mengenai Skim Pinjaman DAYANG oleh PPS, peserta juga akan diberi pendedahan kepada aspek literasi digital, yang kini menjadi keperluan penting dalam mengurus dan memasarkan perniagaan.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Penyelaras Program, Cik Fiona V. Loijon, di fiona.loijon@ids.org.my atau talian 088-450 500.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page