JPJ Kota Belud Laksana Operasi Gempur Kenderaan Perdagangan

Oleh : Romie Stanley DGuns
22 Oktober 2026
KOTA BELUD - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kota Belud melaksanakan Operasi Gempur Kenderaan Perdagangan di Jalan Kota Belud–Kudat semalam bagi meningkatkan tahap pematuhan pengusaha dan pemandu kenderaan perdagangan terhadap undang-undang serta peraturan pengangkutan jalan raya.
Operasi tersebut juga bertujuan memastikan kenderaan yang beroperasi mematuhi spesifikasi dan standard keselamatan yang ditetapkan.

Menurut JPJ, operasi itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang, mengurangkan kesalahan melibatkan kenderaan perdagangan serta menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.
JPJ Negeri Sabah akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang dan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin.















Comments