• nabalunews

70 KELUARGA TERPERANGKAP, JAMBATAN KAMPUNG DITENGGELAMI AIR


Gambar FB Lahad Datu fm

14 Jan 2021


LAHAD DATU: Kira-kira 70 keluarga di Kampung Sepadulang di sini terputus hubungan selepas jambatan kayu yang digunakan penduduk kampung itu ditenggelami air Sungai Segama yang melimpah akibat hujan lebat sejak Isnin lalu.


Pegawai Pembangunan Masyarakat Segama Mizma Appehdullah berkata jambatan sepanjang 20 kilometer itu tidak boleh dilalui kenderaan untuk ke jalan utama selain strukturnya yang tidak kukuh membimbangkan penduduk kampung.


"Fenomena air naik ini kerap berlaku tetapi ini merupakan paling teruk dan ketika ini pada tahap berjaga-jaga," katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Mizma berkata limpahan air Sungai Segama itu turut menyebabkan kampung-kampung di sekitar Sungai Segama berhadapan kemungkinan banjir jika hujan masih berterusan.


"Semalam lapan keluarga membabitkan 28 orang dari Kampung Segama Batu 8 dan Kampung Ulu Segama memohon bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam untuk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara kerana khuatir banjir dan terperangkap di dalam rumah.


"Kesemua mereka kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Serba guna Pusat Latihan dan Vokasional Pertanian dan bantuan juga sudah diagihkan kepada keluarga terbabit," katanya, menambah bantuan akan disalurkan kepada 70 keluarga terjejas di Kampung Sepadulang itu pada esok. – Bernama