top of page

769 PATI Filipina dihantar pulang

  • nabalunews
  • 7 hours ago
  • 1 min read


16 Mei 2025


KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah berjaya menghantar balik seramai 769 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ke negara asal, semalam.


Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, ia membabitkan seramai 438 lelaki, 140 wanita dan 191 kanak-kanak.


Katanya, semua PATI ini ditahan di Depot Imigresen Sandakan, Papar dan Tawau sebelum dipindahkan menggunakan pengangkutan laut iaitu Feri MV Antonia terus ke Zamboanga, Filipina.



"Kanak-kanak yang menyertai program ini turut diiringi oleh ibu bapa atau pengiring masing-masing.


“Sehingga ke hari ini, seramai 4,762 orang warganegara Filipina telah balik ke negara asal,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.


Menurutnya, penghantaran itu menjadikan jumlah keseluruhan PATI di bawah program pemindahan tahanan asing ke negara asal di Negeri Sabah mencecah seramai 5,620 orang.



Katanya, semua tahanan PATI telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan

undang-undang yang telah ditetapkan.


“Mereka turut mempunyai Travel Documents (TD) yang sah untuk melayakkan diri mengikuti proses pemindahan tahanan asing ke negara asal.



“Operasi pemindahan tahanan ini adalah sebahagian daripada operasi berterusan JIM Sabah yang dijalankan dari semasa ke semasa bagi tahanan yang ditempatkan di Depot-Depot Imigresen Negeri Sabah untuk mengelak tempoh penahanan yang panjang,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page