top of page

Penubuhan LPBS akan Tingkatkan Pengeluaran Padi dan Beras

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read


Limus (tengah) mewakili Ketua Menteri bersama VIP yang lain melakukan simbolik mengetam padi sebagai tanda rasminya Pesta Kaamatan Tenom dan Kemabong.
Limus (tengah) mewakili Ketua Menteri bersama VIP yang lain melakukan simbolik mengetam padi sebagai tanda rasminya Pesta Kaamatan Tenom dan Kemabong.

16 Mei 2025


TENOM: Penubuhan Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) yang dilancarkan baru-baru ini akan meningkatkan pengeluaran padi dan beras di negeri ini.


Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, objektif utamanya adalah untuk mencapai sasaran Kerajaan Negeri yang juga AHdalam meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) makanan 30 peratus menjelang tahun depan dan 60 peratus pada tahun 2030.


Ketua Menteri berkata demikian dalam ucapan perasmian Pesta Kaamatan peringkat Daerah Tenom dan Daerah Kecil Kemabong yang berlangsung di Dewan Masyarakat Datuk Seri Panglima Antenom di sini.


Teks ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Juri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu.


Hajiji berkata Pelbagai inisiatif akan dilaksanakan melalui pengwujudan semula LPBS bagi memastikan kerterjaminan makanan Sabah, memenuhi permintaan makanan rakyat dan mengurangkan kebergantungan kepada import beras.


Pada masa ini katanya, Sabah hanya mampu mengeluarkan kira-kira 28.8 peratus beras tempatan menyebabkan kebergantungan yang tinggi terhadap bekalan beras sumber import bagi memenuhi permintaan tersebut.


Selain itu katanya, Kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai usaha dalam membantu meningkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi rakyat di negeri ini, termasuk di Tenom dan Kemabong.


"Pelbagai inisiatif dan bantuan kita telah berikan demi kesejahteraan rakyat baik dalam aspek ekonomi, sosial mahu pun pendidikan" katanya.

תגובות


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page