top of page

80 mangsa banjir dipindahkan di Beaufort

  • nabalunews
  • Dec 16, 2024
  • 1 min read

16 Disember 2024


BEAUFORT: 80 mangsa banjir dari 26 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) susulan banjir di Kampung Suasa, di sini pada Ahad.


Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Nazri Ajun berkata, pemindahan mangsa terdiri daripada 11 lelaki dewasa, 25 wanita dewasa, 40 kanak-kanak lelaki dan perempuan serta empat bayi.


Katanya, pusat pemindahan dibuka kira-kira jam 4 petang Ahad dan semua mangsa dipindahkan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan lori dari lokasi banjir di Kampung Suasa ke PPK Selagon.


Operasi pemindahan dilakukan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort.


“Pemindahan semua mangsa selesai dilakukan dengan jayanya,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.


“Selain itu, pemindahan mangsa banjir turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jabatan Kebajikan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).


Katanya operasi pemindahan ditangguhkan jam 9 malam tadi.


Sementara itu, beliau berkata, hujan lebat pada 11 Disember lalu di beberapa daerah iaitu Nabawan, Tenom, Sipitang dan Beaufort menyebabkan berlaku kenaikan paras air Sungai Padas.


“Ini menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air termasuk Kampung Suasa.


“Paras Air Sungai Padas, Beaufort kira-kira jam 8 malam ini berada di paras bahaya,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page