top of page

909 kes covid di Sabah hari ini, meningkat hampir dua kali ganda

  • Wartawan Nabalu News
  • Feb 4, 2022
  • 1 min read


4 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebanyak 909 kes baharu Covid-19 di Sabah hari ini, meningkat hampir dua kali ganda berbanding semalam.


kes baharu Covid-19 semalam mencatatkan 476 kes dan hari ini meningkat sebanyak 433 kes menjadikan jumlah kes sebanyak 909 kes baharu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun dalam catatan twitternya menyatakan empat kluster baharu antara penyumbang utama peningkatan mendadak itu.


Empat kluster baharu itu melibatkan pelajar sekolah di SMk Bandau, SMK Tandek Kota Marudu, SMK Mat Salleh Ranau dan MRSM Tun Fuad Sandakan.


Tiga daerah merekodkan kes melebihi 100 kes iaitu Sandakan mencatatkan kes tertinggi sebanyak 185 kes, diikuti Penampang 115 kes dan Kota Kinabalu 101 kes.


Berita selanjutnya akan dikemaskini kemudian

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page