top of page

ADUN Kadamaian sampaikan sumbangan Touchpoint Kelahiran kepada 3 keluarga

  • nabalunews
  • Nov 28, 2024
  • 1 min read

ree

28 November 2024


KOTA BELUD : Pejabat Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian meneruskan pelayanan komuniti dengan menyampaikan sumbangan touchpoint kelahiran kepada tiga keluarga di kawasan Kadamaian, Kota Belud pada Rabu.


Sumbangan diserahkan oleh kakitangan

Pejabat Perhubungan ADUN Kadamaian, Shainim Epin yang mewakili ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Adik Efratanovella Jepson dari Kampung Melangkap Noriou menerima sumbangan yang diwakili oleh ibunya, Seamezz Sandra Mijol.


Adik Lixcell Arien Bed Jikol, juga dari Kampung Melangkap Noriou, menerima sumbangan yang diwakili oleh bapanya, Bed Jikol Sidin.


Manakala adik Mikenzo Wasly dari Kampung Gandukut pula menerima sumbangan melalui bapanya, Wasly Dudil.


Shainim turut menyampaikan ucapan tahniah dan sokongan daripada Ewon kepada para penerima. Beliau berharap sumbangan kecil ini dapat meringankan beban keluarga serta mencerminkan keprihatinan pejabat ADUN Kadamaian terhadap keperluan komuniti.


Sumbangan touchpoint kelahiran ini adalah usaha berterusan Pejabat Perhubungan ADUN Kadamaian untuk mendekati masyarakat dan memastikan kebajikan rakyat terus terjaga dan terpelihara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page