top of page

Hak 40 Peratus Sabah Tidak Boleh Dilengah-Lengahkan

  • nabalunews
  • 54 minutes ago
  • 1 min read

12 Mac 2026


BELURAN: Pergerakan Generasi Muda UPKO Bahagian Beluran menegaskan tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan daripada Sabah merupakan hak perlembagaan negeri yang tidak boleh dipertikaikan atau dilengah-lengahkan lagi.


Ketuanya, Emmanuel Atin, berkata perkara itu perlu dimuktamadkan secara adil dalam tempoh ditetapkan oleh mahkamah tanpa sebarang taktik untuk melambatkan proses penyelesaiannya.


Katanya, sebarang usaha untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan mahkamah melalui permohonan stay of execution perlu dicabar secara tegas bagi memastikan hak Sabah tidak terus dinafikan.


“Generasi muda Sabah mahu melihat keberanian politik daripada Kerajaan Persekutuan untuk menghormati keputusan mahkamah serta hak negeri Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


“Isu tuntutan 40 peratus itu bukan sekadar melibatkan angka atau formula kewangan, tetapi berkait rapat dengan masa depan pembangunan negeri Sabah serta kesejahteraan rakyatnya,” katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Emmanuel yang juga Naib Ketua Generasi Muda UPKO Nasional menyeru agar Kerajaan Persekutuan menghormati prinsip keadilan, semangat federalisme serta janji asal yang menjadi asas pembentukan Malaysia.


“Generasi Muda UPKO akan terus bersuara dan mempertahankan hak ini sehingga keadilan untuk Sabah benar-benar ditegakkan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page