top of page

Adun Kukusan keluar Warisan, sertai PHRS

Wartawan Nabalu News

5 Jun 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kukusan Rina Jainal mengumumkan keluar Parti Warisan serta-merta dan akan menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).


Dengan keputusan itu, beliau turut mengumumkan meletakkan semua jawatan yang disandang dalam Warisan.


“Dengan berat hati, saya mengumumkan keluar daripada Warisan berkuat kuasa hari ini selepas lebih lima tahun berjuang bermula akar umbi sehingga ke peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri).


“Saya juga mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Naib Ketua Wirawati Sabah dan Ketua Wirawati Kalabakan berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Ditanya lebih lanjut mengapa beliau menyertai Parti Harapan, yang tidak bersama kerajaan dan dianggap parti kecil, Rina berkata, beliau yakin dengan perjuangan parti itu dan menumpukan sepenuhnya perkhidmatan kepada rakyat khususnya di Tawau.


Katanya lagi, keputusan itu adalah keputusanya sendiri dan ingin memberi tumpuan kepada bekerja untuk rakyat, bukan kekacauan politik dan perebutan kuasa pada masa ini.


Sebelum ini, lima wakil rakyat Warisan bertindak keluar parti iaitu Hassan A. Gani Pg Amir (Sebatik); Datuk Dr. Yusof Yaacob (Sindumin); Ahli Parlimen Lahad Datu merangkap ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi; Datuk Peter Anthony (Melalap) dan Datuk Nuil Juatim (Limbahau). Warisan kini mempunyai 18 kerusi DUN.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page