top of page

ADUN Nabawan sentiasa prihatin dan hulurkan bantuan kewangan kepada yang memerlukan

nabalunews


Lamik (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Ambier yang mewakili anaknya.
Lamik (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Ambier yang mewakili anaknya.

15 January 2025


Oleh Wartawan Nabalu News


NABAWAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin sentiasa prihatin dan menghulurkan sumbangan kewangan kepada mereka yang memerlukan.


Yang terbaharu adalah sumbangan kepada Maxylon Ambier dan

Mikeronny Marujin yang masing-masing mendapat tawaran pelantikan jawatan Konstabel Polis.


Sumbangan itu masing-masing diterima oleh bapa mereka di Pejabat ADUN N.46 Nabawan yang disampaikan oleh Pegawai Perhubungan ADUN Nabawan Lamik Burung.


Maxylon dan Mikeronny akan menjalani latihan di PULAPOL Kuala Lumpur sebelum memulakan perkhidmatan sebagai anggota Polis.


Sumbangan kewangan yang diterima meringankan beban urusan permulaan mereka hadir ke PULAPOL seperti penerbangan dan sebagainya.


Menurut Lamik, Pejabat ADUN N. 46 Nabawan menjadi Pusat Khidmat Masyarakat di kawasan ini yang menyelaraskan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.


Katanya, antara bantuan yang disediakan oleh ADUN N.46 Nabawan adalah sumbangan kewangan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian IPTA/IPTS, sumbangan kepada sekolah-sekolah di daerah ini untuk pelaksanaan program-program sekolah seperti sukan, hari kecemerlangan dan sebagainya.


Selain itu katanya, sumbangan kepada para pesakit yang memerlukan rawatan berulang juga turut disediakan bagi mereka yang kurang mampu.

Tags:

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page