top of page

Affin Lancar Kad Debit Visa Ikonik Kinabalu

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

ree

26 September 2025


KOTA KINABALU: Kumpulan AFFIN, hari ini, melancarkan Kad Debit Visa Kinabalu iaitu produk ikonik pertama yang dikhususkan untuk rakyat Sabah dengan diinspirasikan keindahan Gunung Kinabalu.


Pelancaran kad debit yang dilancarkan di cawangan terbaru AFFIN Inanam itu adalah sebagai simbol penghargaan kepada semangat serta identiti negeri Sabah.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, Kad Debit Visa Kinabalu menandakan langkah strategik kumpulan untuk memperkukuh perkhidmatan kepada komuniti setempat.

ree

Katanya, ia adalah penghormatan kepada peranan penting Sabah dalam pembangunan Malaysia di mana produk ini direka khusus untuk meraikan identiti rakyat Sabah yang sentiasa memberi sumbangan besar kepada ekonomi dan budaya negara.


“Kad Debit Visa Kinabalu adalah lebih daripada sekadar produk perbankan. Ia adalah penghormatan kepada semangat serta jati diri rakyat Sabah, diinspirasikan daripada keagungan Gunung Kinabalu.


“Kami mahu ia berdiri sebagai lambang kebanggaan untuk semua rakyat Sabah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan AFFIN Kad Debit Visa Kinabalu, di sini, di cawangan Inanam, di sini, hari ini.

ree

Wan Razly berkata, pihaknya mensasarkan jualan sebanyak 16,000 Kad Debit Visa Kinabalu di negeri ini menerusi tujuh cawangan di seluruh Sabah.


Katanya, Affin kini mempunyai nilai perniagaan mencecah RM2 bilion untuk pinjaman dan pembiayaan walaupun dalam keadaan ekonomi menurun.


“GDP turun kira-kira 4 peratus, tapi kita masih optimistik ekonomi masih boleh berkembang. Affin mensasarkan penumbuhan ekonomi kepada 8 peratus dalam tempoh masa 12 bulan,” katanya.


Sehubungan itu, Wan Razly berkata, sepanjang tahun ini, AFFIN turut melaksanakan siri kempen berfokuskan pelanggan serta program ganjaran merangkumi deposit, pembiayaan dan pengurusan kewangan.


Katanya, pelanggan akan menikmati akses keutamaan kepada kempen-kempen ini bagi memastikan tahun bersejarah ini membawa lebih banyak manfaat dan peluang kepada komuniti.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page