ALP Hospital Duchess Of Kent Sandakan Komited Laksanakan Tanggungjawab Dan Amanah
- nabalunews
- Jul 31, 2025
- 1 min read

31 Julai 2025
SANDAKAN: Pengerusi Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Duchess Of Kent (HDOK) Sandakan, Dr.Peter Jr.Naintin menyatakan komitmen untuk menjadi jambatan komunikasi yang efektif sepanjang memegang tanggungjawab berkenaan.
Menurutnya, usaha itu juga bagi memastikan sebarang isu dan cadangan mahupun penambahbaikan dapat disampaikan secara terus kepada pihak pengurusan hospital.
“Amanah besar ini juga akan dimanfaatkan dalam memperkukuh hubungan antara pihak hospital, pesakit dan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat kali pertama ahli lembaga pelawat itu bersama pengurusan HDOK Sandakan di sini, baru-baru ini.
Peter dan ahli jawatankuasa ALP HDOK Sandakan lain diberi mandat sehingga 31 Disember 2027 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Selain Peter, 19 lagi ahli jawatankuasa lain ialah Timbalan Pengerusi, Aisyah Gaffar; Setiausaha, Muhammad Nizamuddin Ridwan; Penolong Setiausaha, Τan Chui Yaw; Bendahari, Vizal Honoous dan Penolong Bendahari, Liew Lin Lin.
Manakala ahli jawatankuasa biasa ialah Irwan Masnur, Md.Jamrih Mukarama, Md.Suhaili Zainal, Mohd Hafizul Tanalol, Muhammad Majeed Sarbinih, Pilim Kilis, Sapri Arifin dan Rozitah Ayah, Adha Sahabudin, Asnan Basar, Basran Anglai, Bodie Elian, Hamid Hajad dan Harman Ismail.















Comments