Amaran hujan tahap waspada di Sabah, Labuan hingga Rabu
- nabalunews
 - 15 hours ago
 - 1 min read
 

3 November 2025
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Labuan dan beberapa kawasan di Sabah bermula esok hingga 5 November.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat.
Dalam kenyataan berasingkan, MetMalaysia memaklumkan Ribut Tropika Kalmaegi yang kini aktif di Lautan Pasifik Barat dijangka membawa kesan cuaca signifikan apabila bergerak ke arah barat merentasi Filipina menuju ke Laut China Selatan.
“Keadaan ini menyebabkan penumpuan angin yang berpotensi menghasilkan hujan berterusan di Sabah dan Labuan serta angin kencang di perairan negara pada 4 hingga 7 November 2025.
“Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Phuket, Selat Melaka Utara, Laut China Selatan dan Laut Sulu turut dikeluarkan bagi tempoh sama,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih melalui pautan www.met.gov.my, aplikasi myCuaca atau laman media sosial rasmi MetMalaysia.


















Comments