Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa kawasan di Sabah malam ini
- nabalunews
- Dec 28, 2025
- 1 min read

28 Disember 2025
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sabah.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, situasi keadaan cuaca berkenaan dijangka akan berlaku sehingga 9 malam ini.
“Antara daerah yang dijangka terlibat adalah kawasan Pedalaman termasuk iaitu Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan selain kawasan Pantai Barat.
“Turut mengalami cuaca sama ialah Kudat, Tawau, Lahad Datu serta Telupid dan Beluran di Sandakan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan petang ini.
MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.















Comments