top of page

Ambil masa 6 jam tangkap lembu terlepas

  • nabalunews
  • Jun 6
  • 1 min read

6 Jun 2025


KOTA KINABALU: Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) terpaksa mengambil masa hampir 6 jam bagi menangkap semula lembu korban yang terlepas di Kingfisher Sulaman, di sini, malam tadi.


Lembu yang berada dalam keadaan agresif itu dikatakan terlepas dalam kejadian kira-kira jam 8 malam sehingga mengusarkan penduduk sekitar.


Berikutan itu, penduduk terpaksa mendapatkan bantuan APM Kota Kinabalu untuk menangkap haiwan berkenaan.


Pegawai APM Kota Kinabalu, Kapten (PA) Aizex Junior berkata, seramai enam anggota lengkap memakai PPE dan menggunakan peralatan tali untuk menjalankan operasi menangkap lembu berkenaan.


"Selepas usaha hampir dua jam, akhirnya lembu jantan seberat kira-kira 300 kilogram berjaya ditangkap pada jam 2.16 pagi tadi.


"Operasi turut dibantu penduduk taman perumahan berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.44 pagi dan tiada sebarang kecederaan atau perkara tidak diingini dilaporkan berlaku.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page